Oleh: Editorial Penggerak Daily
Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh, hari ini.
Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.
“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya.
Sebelum ini, tular video pendek berdurasi 29 saat memaparkan beberapa orang remaja lelaki mengacah-acah memukul seorang nenek.
Perbuatan kurang ajar itu dipercayau dilakukan oleh 2 individu di mana salah seorang ingin menendang nenek berkenaan manakala seorang lagi merakam aksi tersebut.
Dibuli remaja berkenaan, nenek tersebut mahu mempertahankan diri namun tidak berdaya sehingga nekad untuk melarikan diri meninggalkan kawasan tersebut.
Sumber: Polis Di-Raja Malaysia (facebook)