Gara-gara menunjukkan imej kartun kononnya ia Nabi Muhammad di dalam kelas, seorang guru di Perancis mati ditetak.
Mangsa ialah seorang guru yang mengajar subjek sejarah dan ketika kejadian beliau membincangkan kartun Nabi Muhammad.
Penyerang yang identitinya belum dikenal pasti ditembak polis apabila mereka cuba menahannya.
Beliau mati akibat kecederaan yang dialaminya.
Sementara itu, penyerang melaungkan “Allahu Akbar” semasa polis cuba menahannya, menurut sumber rasmi.
Pendakwa anti keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai ‘kes pembunuhan terkait organisasi pengganas.’
Presiden Perancis Emmanuel Macron melawat tempat kejadian.
Serangan itu berlaku di pinggir Paris pada pukul 5 petang berdekatan sebuah sekolah di Conflans St Honorine yang terletak 30km dari ibu negara Perancis itu.
Sumber: MalaysiaGazette