Categories
Berita Pendidikan

UEC PERLU IKUT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN – PM

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Unified Examination Certificate (UEC) perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan jika mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan, tegas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Kenyataan ini dibuat susulan isu pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan Hua Zhong bersama Perdana Menteri pada 16 Julai lepas.

Muhyiddin menjelaskan, kerajaan tidak menyatakan akan mengiktiraf sijil UEC.

“UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di IPGM”.

Dimakumkan, kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

 

PenggerakDaily

Kredit gambar: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *