Johor Bahru, 1 NOV: Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya (UM) mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip institusi beraja, tegas UM dalam satu kenyataan media.
Kenyataan itu dibuat susulan satu hantaran melalui laman Facebook bertajuk “Yang Di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara’ yang telah dimuat naik oleh Persatuan Pemuda Baharu University Malaya (UMANY)
Menurut kenyataan media ini lagi, “Universiti Malaya menjunjung dan menghormati institusi beraja”,
“Sehubungan itu, UM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dengan segera”.
PenggerakDaily