Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dengan menggunakan aplikasi sosial, Twitter untuk mengumpan mangsa, seorang lelaki dari Jepun, Takahiro Shiraishi bertindak kejam apabila bertindak membunuh dan menyimpan sembilan mayat di rumahnya sendiri.
Menurut South China Morning Post, Takahiro bertindak menyimpan mayat lapan wanita dan seorang lelaki di peti sejuk di samping didakwa mencuri wang tunai daripada mangsa dan melakukan serangan seksual kepada semua mangsa wanita.
Kelakuan Takahiro dihidu apabila pihak polis mengunjungi flat Tkahiro dan menjumpai beberapa peti sejuk yang menyimpan bahagian badan wanita berusia 16 tahun sehingga 25 tahun pada 2017.
Pihak polis juga memperoleh bukti melalui komputernya mengenai pembelian alat seperti mesin pencincang dan gergaji serta kaedah mengikat tali leher yang dipercayai digunakan untuk menjerut mangsa.
Takahiro tidak menafikan pertuduhan membunuh ke atasnya dan jika didapati bersalah atas tuduhan membunuh, dia boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut undang-undang yang telah ditetapkan di Jepun.
Namun, mahkamah sehingga kini masih belum menjatuhkan sebarang hukuman kepada kerana kesnya masih dibicarakan.
Sumber: South China Morning Post