Oleh: Editorial Penggerak Daily
Manusia paling laju, Usain Bolt disahkan positif COVID-19. Dimaklumkan, jaguh pecut itu didapati positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 yang dikatakan dihadiri ramai tetamu namun dilihat tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan WHO.
Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin.
Bolt yang merupakan pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu kini menjalani proses kuarantin di rumahnya.
“Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosialĀ Twitter.
PenggerakDaily