Oleh: Editorial Penggerak Daily
Mengambil kira perkembangan kes wabak pandemik COVID-19 yang meningkat dengan mendadak semalam (1 Oktober 2020), Universiti Sains Malaysia (USM) menyarankan semua pelajar baharu dan senior yang akan mendaftar esok dan minggu hadapan untuk melakukannya secara dalam talian.
Tatacara pendaftaran akan dimaklumkan melalui semua laman rasmi USM.
Pelajar-pelajar baharu yang sudah dalam perjalanan ke kampus dibenarkan mendaftar esok atau boleh menangguhkan perjalanan mereka dan kembali semula ke kampus pada tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.
Pelajar-pelajar senior pula perlu menangguhkan kepulangan mereka ke kampus dan mendaftar kursus secara dalam talian.
USM memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami dan jika perlukan maklumat lanjut, pelajar USM boleh hubungi BHEPA Kampus Induk di talian 04-653 3291/5823/5825/6185/5804/5827/6136/5822/5824.
PenggerakDaily