Oleh: Editorial Penggerak Daily
Vaksin Coronavirus pertama di dunia akan didaftarkan di Rusia dalam beberapa hari lagi, kata Vladimir Putin melalui hantaran facebooknya, semalam.
“Ketika ini Saintis Rusia menjalankan kerja pengujian dan membuktikan keselamatan dan kecekapan ubat”,
“Vaksin ini berkesan dengan baik melawan wabak dan kini memberi harapan bukan sahaja kepada negara kita, tetapi juga kepada dunia”.
Tambah Perdana Menteri Rusia itu lagi, terdahulu satelit Soviet telah membuka laluan ke ruang angkasa bagi misi kemanusiaan, sekarang vaksin dari Rusia pula akan memberi laluan kepada masa depan tanpa COVID-19, topeng dan pengasingan sosial.
PenggerakDaily