Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bagi menyemarakkan semangat perpaduan menjelang Sambutan Hari Malaysia 2020, Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan video lagu “SAYA ANAK MALAYSIA” , kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
“Lagu ini telah disusun semula dan dinyanyikan oleh 26 orang artis tempatan yang berbilang bangsa dan umur”,
Kementerian turut mengumumkan penganjuran pertandingan fotografi dan video bermula dari 16 September 2020 sehingga 4 Oktober 2020 yang bertemakan “Saya Anak Malaysia” dan “Malaysia Prihatin”,
Mengulas mengenai pertandingan ini, Halimah berkata, “Kita sedar bahawa rakyat Malaysia amat kreatif dalam meluahkan rasa cinta dan sayang kepada negara.
“Melalui lagu popular, “SAYA ANAK MALAYSIA”, Kementerian ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi makna perpaduan dengan cara kreatif mereka tersendiri”,
“Pertandingan ini juga diharap akan dapat menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi
sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.”
Video lagu “SAYA ANAK MALAYSIA” ini boleh dimuat turun di laman web dan media sosial Kementerian Perpaduan Negara.
Pertandingan fotografi dan video ini juga merupakan antara inisiatif KPN untuk menggalakkan rakyat Malaysia menzahirkan pengertian perpaduan di Malaysia melalui secara kreatif dan tersendiri melalui lensa kamera.
Rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai pertandingan ini dengan memuat naik gambar atau video mereka berdasarkan tema “Saya Anak Malaysia” dan “Malaysia Prihatin” di laman sosial masing-masing, berserta tanda pagar
#SayaAnakMalaysia2020 serta #MalaysiaPrihatin.
Bagi penyertaan video, peserta perlu menyertakan nama penuh, nombor telefon, akaun media sosial dan pautan ‘link’ kepada video mereka, kemudian hantarkan kepada email: perpaduankita2020@gmail.com. Setiap karya yang dikongsikan hendaklah mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Perpaduan Negara di www.perpaduan.gov.my atau laman Facebook rasmi Kementerian Perpaduan Negara di www.facebook.com/PerpaduanNegara/ atau @PerpaduanNegara.
PenggerakDaily