Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bros Gang TV akhirnya mengeluarkan satu video baru bagi menerangkan kisah sebenar di balik prank gadis curang RM20,000 yang tular di media sosial minggu lepas.
Melalui video terbaru yang dikongsi kepada umum, mereka mengaku video berkenaan adalah lakonan semula berdasarkan ‘kisah benar’.
Bros Gang TV bermula dengan konten video bermodalkan isu gold digging (kaki kikis) dan walaupun mereka cuma mempunyai hanya 5 video, mereka telah mengumpul 337,000 pengikut di YouTube.
Mereka mengaku video berkenaan hanya sekadar entertainment based on true story. Mereka turut mendakwa netizen telah membuat andaian yang salah terhadap video tersebut sehinggakan ada yang sanggup membuat kenyataan fake mewakili pihak si gadis.
Ingatkan gadis curang itu yang kena prank, rupa-rupanya satu Malaysia sudah ‘tertipu’ dengan video tersebut. Semoga selepas ini Bros Gang TV menggunakan bakatnya untuk manfaat umum, bukan sebaliknya.
PenggerakDaily