Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan sebuah video bertajuk “Gangster MPSJ Selangor” yang tular di media sosial, Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ) menafikan bahawa insiden tersebut berlaku di kawasan pentadbiran MPSJ dan menafikan penglibatan mana-mana kakitangannya.
Video tersebut yang memaparkan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikatakan gangster sedang melaksanakan tugas penguatkuasaan di lapangan. Menjadi lebih viral, insiden tersebut melibatkan seorang lelaki tua berniaga jagung di tepi jalan.
Berikutan itu, MPSJ menyeru pemilik akaun laman media sosial dan orang awam tidak menyebarkan video berkenaan dan tidak menyebarkan berita yang dipastikan kesahihannya terlebih dahulu.
Jika didapati bersalah, individu tersebut akan dikenakan tindakan tegas melalui peruntukan undang-undang sedia.
MPSJ juga mengingatkan kepada orang awam supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengemukakan sebarang bantahan serta tidak menghalang sebarang tugas yang dilaksanakan penjawat awam di lapangan.
PenggerakDaily