Categories
Berita kemalangan

VIRAL VIDEO KEMALANGAN DI LAMPU ISYARAT, INI CERITANYA

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Viral di media sosial video satu kemalangan melibatkan sebuah Myvi dan Honda City di lampu isyarat Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, 9 pagi, semalam.
Kemalangan ini menyebabkan kematian pemandu Honda City, seorang tentera laut, Mohd Rizal Buseri, 31 yang meninggal di tempat kejadian manakala pemandu Myvi, Nur Fatin Nasrah Suhaimi mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher dan sedang menerima rawatan di Wad Hospital Sultanah Aminah.
Siasatan pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi dari arah pusat bandar menghala ke Kota Tinggi telah mengelak kenderaan di hadapannya lalu brek secara mengejut dan gagal mengawal kenderaannya hingga terbabas melanggar Honda City.
Akibat pelanggaran tersebut, pemandu Honda City mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans.
Sisatan lanjut masih diteruskan.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *