KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej palsu tersebut.
Melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam tadi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan hantaran melalui media sosial oleh seorang yang dikenali sebagai KakNa yang mendakwa seorang isteri rakan kepada suaminya yang balik dari Sabah sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan virus COVID-19 walaupun telah dua kali negatif ujian calitan.
KKM menegaskan dakwaan virus dari Sabah lebih bahaya kerana hanya dapat dikesan setelah menyerang sistem pernafasan adalah tidak benar dan menasihati orang ramai agar berhenti berkongsi mesej tersebut.
Sumber: Bernama