Oleh: Ahmad Roi
Apabila kugiran punk berentak deras dari Berkeley, Green Day keluarkan lagu ‘Wake Me Up When September Ends”, lagu ini terus melekat dalam benak generasi Z kerana jarang-jarang budak punk main lagu berentak balada nan sedih.
Bukan itu saja, lagu ini bagaikan lagu ulang tahun kerana diingati setiap tahun, menjelang bearkhirnya September, seperti hari ini.
“Wake Me Up When September Ends” yang dibawa oleh Billie Joe, Mike Dirnt dan Tre Cool bukan hanya lagu, tapi menyimpan kenangan pilu Billie ketika 10 tahun.
Ayah Billie, Joe Amstrong meninggalkan anaknya pada 1 September 1982, akibat kanser.
Semasa majlis pengebumian ayahnya, Billie berlari ke rumah dan mengurung dirinya di bilik kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan kehilangan seorang ayah.
“Wake Me Up When September Ends”, jerit Billie apabila pintunya diketuk oleh ibu.
Kata-kata itu jadi ilham, Billie jadikannya lagu pada 2003 dan dikeluarkan pada 2005.
Sebab itu dalam lirik lagu ini juga, Billie sebut, “”Like my father’s come to pass, 20 years has gone so fast”.
Billie berjaya ubah, sedih jadi lagu dan kita sama-sama nikmatinya.
PenggerakDaily