Categories
Berita Budaya Lifestyle Teknologi

WANITA MALAYSIA LEBIH BANYAK LUANGKAN MASA DI MEDIA SOSIAL – KAJIAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kajian YouGov menunjukkan wanita di Malaysia lebih cenderung menghabiskan lebih banyak masa di media sosial berbanding lelaki.

Data yang diperolehi menunjukkan dua daripada sepuluh (21%) wanita menghabiskan masa lebih daripada sembilan jam sehari di media sosial, sementara hanya satu daripada sepuluh (11%) lelaki yang berbuat demikian.

Pengguna media sosial Malaysia meluangkan masa secara purata lima jam dan empat puluh tujuh minit sehari di seluruh platform, penyelidikan terbaru daripada YouGov mendedahkan.

Secara keseluruhannya, 17 peratus rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih daripada sembilan sehari di media sosial.

Walaupun purata penggunaan media sosial adalah tinggi, hanya satu pertiga rakyat Malaysia merasakan mereka menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial.

Justeru, menurut tinjauan, 29 peratus rakyat Malaysia telah cuba ‘puasa’ media sosial – menjauhkan diri daripada media sosial untuk tempoh tertentu.

 

PenggerakDaily

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *