Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ketika menjawab pertanyaan Teresa Kok (PH-Seputeh) jika KDN akan menyiasat aduan warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, kerajaan boleh menghantar mana-mana warga asing “yang tidak dikehendaki di negara ini” pulang ke negara asal mereka.
Tambahnya, “Ketua pengarah Imigresen di bawah Seksyen 9 (Akta Imigresen) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana warga asing yang kita rasakan tidak dikehendaki di negara ini”.
Hamzah berkata, polis sedang menyiasat majikan Rayhan kerana tindakan boleh diambil ke atas majikan atau pekerja asing yang melanggar Akta Imigresen serta undang-undang lain.
Katanya, Rayhan yang ditahan 24 Julai lalu dan direman 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63, kini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.
“Selaras Seksyen 9(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen telah membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan notis pembatalan PLKS itu diserahkan kepada majikannya pada 13 Julai lalu.
“Pembatalan ini susulan kesalahannya melanggar pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.”
PenggerakDaily