Oleh: Editorial Penggerak Daily
WhatsApp adalah platform yang paling banyak digunakan di Malaysia, dengan hampir sembilan daripada sepuluh (88%) responden menggunakan aplikasi tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu, menurut kajian YouGov Omnibus.
Selepas Whatsapp, aplikasi seterusnya Facebook (81%), YouTube (74%), Instagram (64%) dan Facebook Messenger (40%).
Populariti aplikasi media sosial sememangnya bergantung pada jantina. Lebih ramai wanita memilih menggunakan Telegram berbanding lelaki (38% vs. 27%), sedangkan lebih ramai lelaki memilih WeChat (27% vs. 17%).
Data tersebut juga mendapati bahawa motivasi utama rakyat Malaysia menggunakan media sosial adalah untuk mengikuti berita terkini dan peristiwa semasa (72%), diikuti oleh tujuan untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan (69%).
Sebab-sebab lain termasuk berkongsi foto, video atau kandungan lain dengan orang lain (51%), untuk mencari kandungan lucu atau menarik (48%) dan untuk mengkaji / mencari produk baharu untuk dibeli (45%).
PenggerakDaily