Oleh: Editorial Penggerak Daily
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menjadi lebih inklusif apabila parti berkenaan akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera, dapat bersama-sama memegang jawatan dan menyumbang idea.
Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin berkata, “kita akan bersama-sama dalam satu saf kerana cabaran di hadapan kita agak besar”.
Bercakap dalam Kongres Negara 2020 di MITEC, semalam, Muyiddin kata “usul itu sudah dikemukan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi parti dan jika diterima, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk meminda perlembagaan akan diadakan supaya sayap berkenaan dapat dibentuk”.
PenggerakDaily