Categories
Berita

YAYASAN SULTAN IBRAHIM TERIMA SUMBANGAN 15,000 BOTOL MINYAK MASAK

 

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menzahirkan ucapan terima kasih kepada syarikat Palmtop Vegeoil Products Sdn. Bhd. yang menyumbang 15,000 botol minyak masak kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Baginda bertitah, sumbangan itu akan dapat membantu banyak pihak yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“YSIJ secara berterusan membantu golongan memerlukan di seluruh Johor setiap minggu yang diselia Mejar Cina, David Wong dengan menyampaikan barangan keperluan makanan.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada syarikat ini yang tampil memberi sumbangan minyak masak kepada YSIJ.

“Sumbangan ini dapat digunakan untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan akibat penularan Covid-19,” titah baginda seperti dimuat naik dalam laman Facebook Royal Press Office (RPO), hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah, Baginda mengalukan-alukan sumbangan Sarip pelbagai pihak dalam bentuk barangan keperluan makanan kepada yayasan itu bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *