Categories
Berita pembangunan Pendidikan

YPJ SALUR RM1.5 JUTA KEPADA 340 PENUNTUT TAHUN INI

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Pada tahun ini, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyalurkan sejumlah RM1.5 juta diberikan kepada 340 penuntut pada tahun ini, kata Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.

“Kerajaan negeri Johor memberi keutamaan dalam membantu seramai mungkin rakyat, khususnya golongan belia untuk menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, bagi kursus diploma di IPT awam, pinjaman sebanyak RM6,000 diberikan setahun untuk tempoh pengajian tiga tahun manakala RM7,000 setahun untuk tempoh pengajian empat tahun bagi kursus Ijazah Sarjana Muda.

Bagi pengajian kursus diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik pula, beliau berkata, pinjaman diberikan adalah RM4,000 setahun bagi tempoh pengajian tiga tahun dan kursus Ijazah Sarjana Muda RM6,000 setahun bagi tempoh pengajian empat tahun.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyalurkan RM299.5 juta bantuan pinjaman pendidikan kepada 22,432 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara sejak 1979 hingga Disember tahun lalu.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pinjaman pendidikan dan skim bantuan pendaftaran pendidikan tersebut boleh diperoleh menerusi laman web www.ypj.gov.my.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *