Oleh: Editorial Penggerak Daily
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin jadi paling trending di Twitter diikuti dengan Selangor dan Mira Filzah pada 4 – 5 September lepas.
#Zahidi jadi trending susulan kenyataannya di Dewan Negara mengenai adik Veveonah Mosibin yang tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.
Namun, Zahidi telah memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar berkenaan.
#Selangor pula trending di tempat kedua ekoran masalah gangguan air yang menjejaskan tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor.
Nampaknya, kedua-dua isu politik pembangunan ini menyebabkan pelakon comel popular, Mira Filzah yang baru melangsungkan perkahwinannya trending di tempat ketiga.
PenggerakDaily