Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin sarankan agar Institut Pengurusan Wanita (WIM) mempertimbangkan untuk mengadakan latihan kepimpinan politik khas untuk kaum wanita.
“Tujuannya bagi memantapkan lagi kemahiran dan kemampuan memimpin wanita”,
Kata Zuraida lagi, negara memerlukan penglibatan lebih ramai kaum wanita dalam arena politik.
“Berdasarkan pemerhatian saya sebagai menteri selama lebih dua tahun, wanita yang menceburkan diri dalam politik seterusnya terlibat dalam pembuat keputusan dan dasar masih berada di tahap tidak memuaskan”,
“Jadi saya ingat satu permulaan yang bagus jika ada perbincangan selanjutnya dengan WIM mengadakan satu lagi kursus. Politik memerlukan kebolehan pengurusan, kebolehan untuk berkomunikasi,” katanya selepas merasmikan Forum Hari Wanita, semalam.
PenggerakDaily