JOHOR BAHRU: Awas dengan risiko objek di ruangan tempat duduk pemandu, pesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di facebook, semalam.
Menurut PDRM, meletakkan barang-barang di bawah tempat duduk pemandu merupakan tindakan berbahaya, berisiko kerana mengundang kemalangan.
“Sewaktu membrek secara mengejut ataupun mengambil selekoh, objek seperti botol minuman boleh bergolek dan mengurangkan/menghilangkan keupayaan anda untuk mengawal pedal-pedal penting”,
“Ia mungkin tersangkut di bawah pedal minyak ataupun pedal brek dan menyebabkan anda hilang kawalan”,
Ingat, sedikit kecuaian mungkin boleh menjadi punca kecelakaan dan seterusnya membawa maut kepada pemandu.
PenggerakDaily