Oleh: Editorial Penggerak Daily
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor menghulur tangan bekerjasama dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor dan Pemuda Negara dalam usaha memantapkan lagi BERSATU di Johor.
“Kerjasama ini bukan saja dapat memperkukuhkan akar umbi BERSATU, malahan dapat memberi ruang kepada anak muda terlibat dalam usaha membangunkan negara”, kata Pengerusi PKN Johor, Datuk Rashid Hasnon.
Menurut Pengerusi PKN Johor Bahru, Saiful Bahri, “di Johor, jumlah keahlian PKN dan Pemuda Negara sudah melebihi 17,000 orang”,
“Sudah tentu kerjasama ini dapat memantapkan lagi kekuatan BERSATU dan saya yakin parti ini cukup bersedia untuk menghadapi PRU bila-bila masa”, katanya dalam Majlis Pertemuan Pengerusi PKN seluruh Johor yang diwakili Datuk Rashid Hasnon dan Kepimpinan BERSATU Johor yang diwakili Dr. Shahruddin Jamal di Rumah Pemuda Johor, semalam.
Sebagai NGO, PKN Johor di bawah pimpinan Datuk Rashid aktif dalam usaha memperkasakan rakyat khususnya anak muda dan wanita tanpa mengira latar kaum dan agama.
Kata Rashid, “kami boleh menerima pelbagai lapisan masyarakat kerana matlamat kami jelas untuk membantu memakmurkan negeri dan negara,”.
PenggerakDaily