Categories
Alam Sekitar Berita Budaya

BINA LINTASAN ELAK HIDUPAN LIAR MATI DILANGGAR

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah merekodkan sebanyak 2055 ekor hidupan liar yang mati dilanggar (𝒓𝒐𝒂𝒅𝒌𝒊𝒍𝒍) sejak 2015 hingga 2019.
Untuk mengurangkan isu roadkill yang kian meningkat sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan Malaysia telah membina lintasan hidupan liar di tiga lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia dan akan mewajibkan pematuhan kepada 𝘞𝘪𝘭𝘥𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘗𝘭𝘢𝘯 (WMP) bagi setiap projek di habitat hidupan liar.
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) juga akan menubuhkan pasukan khas kebangsaan terdiri daripada kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan bagi menangani konflik manusia-hidupan liar di Malaysia.
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menasihati pengguna jalanraya supaya berhati-hati memandu dan memberikan tumpuan di kawasan Lintasan Hidupan Liar terutamanya pada waktu malam. Sila perlahankan kenderaan dan patuhi had laju serta papan tanda amaran yang diletakkan.
PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *