Oleh: Nami Cob Nobbler
Malam semalam sambil mengemas kotak dan barang yang dibawa dari Shah Alam ke Kluang, aku terjumpa banyak benda lama.
Jumpa puisi kat crush lama, jumpa catitan untuk idea novel yang tak pernah siap, senarai nama lagu yang dicadangkan si gadis yang ayu (ketika itu isteri orang) untuk didengari, serta beberapa buah buku yang dah habis baca, dan tak habis baca.
Sambil mengemas dan mendengar podcast Patrick Kieff tentang lagu Wind of Change ditulis CIA, aku terjumpa satu buku yang amat menarik berjudul Freakonomics, tulisan Steven Levitt dan Stephen Dubner.
Dalam satu bab, Freaknomics mengajukan satu topik yang menarik. Tentang macam mana masa depan kau ditentukan dengan hanya melihat nama kau?
Menurut data yang dorang peroleh, orang kulit hitam di Amerika mendapati sejak 1968 hingga sekarang, mereka letak nama Shaqeem, Aysha, Shanelle dan nama-nama yang keafrikaan.
Sebelum tu nama mereka standard mat salleh, John, Michaels, Williams.
Perkara itu berlaku ketika rusuhan antara kaum dan kebangkitan Black Panther pada tahun 1970an dan Weather Underground iaitu pergerakan anarkis yang kuat masa tu.
Lebih kurang macam Black Lives Matters dan Antifa sekarang, cuma masa tu rambut takde warna pelik-pelik. Jantina masa tu pun dua je.
Sebenarnya sejak rusuhan kaum tu memang ada cultural shift dalam orang kulit hitam Amerika.
OK, tapi point aku ialah melihat nama-nama orang Melayu.
Hari tu masa aku jumpa dengan si gadis yang ayu kat muzium, kami memerhatikan nama orang zaman dulu dan zaman sekarang.
Nama orang zaman 50an banyak menggunakan ejaan ‘ee’ berbanding ‘i’. Contoh, Ramlee. Mungkin ejaan pada ketika itu glamer.
Tetapi semuanya satu nama bin satu nama. Contoh, Ghafar bin Baba. Husin bin Ali. Hishamuddin bin Md Rais. Paling tinggi tiga nama.
Sistem nama macam tu ikut sistem Barat pada ketika itu. Sebab senang nak isi form zaman British.
Menjelang 70an, nama seperti Salmah, Anisah, Suraya, dan Ramlah amatlah popular. Penghujung dah banyak nama Barat seperti Maria, Rina atau Nadia (sempena penari gimnas Romania).
80an pula banyak nama kearaban. Nizam, Shahril, Amir, dan Adli pula kelihatan. Pangkal nama kena ada Muhammad.
Sementara nama lelaki semakin Arab, nama perempuan semakin Barat. Alisha, Natasha, Eleena, Mira, Bella.
Sementara itu nama Asyraff sangat popular kepada mereka yang tampan. Memang ramai budak nama Asyraff muka fakboi.
Menjelang 90an nama bertambah satu lagi syllables, iaitu tiga nama bin satu/dua nama. Maknanya nama penuh tu dah lima nama (bin/binti tak kira).
Ahmad Zahid Ziqrullah bin Abu Seman
Dan ejaan nama semakin sukar dieja. Macam Mohamad Sykeel Kyreeil dan ejaan nama dia rasa macam nak mintak penampar.
Dan kepelikan ejaan ini bermula sejak zaman cyberpunk 90an yang suka eja pelik-pelik. Pada akhirnya wujudlah perkataan Ampunk, Carjunk, dan Cooler Lumper.
Dan semakin pelik nama-nama tu, semakin chances ia datang dari golongan yang duduk di PPR.
Sementara nama perempuan elit dan anak tengku masih lagi Aminah, Ismail, Khadijah, Amir dan Azizah.
Sementara nama Barat terdiri daripada golongan upper middle class Melayu yang duduk Bandar Tun Hussein Onn, Bandar Baru Bangi dan Wangsa Maju, seperti Amelia, Eliza atau Ramona.
Nama perempuan Melayu tradisionalis seperti Tanjung, Melur, Jebat, dan Arjuna mula popular di penghujung 90an, iaitu kesan kepada Dasar Ekonomi Melayu yang telah berakhir, segelintir Melayu mula rasa sedikit demi sedikit kehilangan hak di bumi sendiri.
Mereka mula meminati sejarah Melayu purba, mengkaji bagaimana Srivijaya menjadi empayar yang terkuat di Asia Tenggara, bagaimana Melaka menjadi pelabuhan entreport paling sibuk di Timur, mereka mahu mengkaji akar umbi mereka.
Jadi sekarang memang dah ada trend orang letak nama anak berdasarkan Melayu purba.
Jadi dalam Freakonomics dia mengkajilah tentang kedudukan kelas masyarakat kau.
Kalau nama kau Salmah, Fatimah, Ismail, kemungkinan besar nama kau orang elit dan solid konservatif. Old money.
Kalau nama kau sedikit kebaratan kau mungkin upper middle class. Semakin pelik ejaan tu, semakin ia ke arah PPR.
Dan semakin banyak syllables nama, kemungkinan besar ibu bapanya kaki tonton drama, lepas tu banyak nak letak nama.
Tak faham aku dengan orang yang letak nama anak sampai lima patah perkataan ni.
Entah kenapa, nama ni boleh menentukan hidup kau? Seolah-olah kau berharap kau takkan dapat mak bapak pelik, letak nama pelik-pelik sampai susah nak eja nama.
Mungkin kalau lepas kau ada anak nanti, tolonglah consider artikel ni pada pasangan masing-masing.
PenggerakDaily
* Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Penggerak Daily