Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, integriti dan usaha berterusan untuk meningkatkan produktiviti merupakan faktor yang mustahak untuk mencapai perkhidmatan yang cemerlang dalam kalangan penjawat awam.
“Nilai-nilai berkenaan merupakan budaya kerja yang perlu diamalkan”,
“Nilai-nilai integriti dan usaha berterusan turut perlu diberi penekanan kerana ia menjadi benteng dan juga pemangkin bagi meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan sahsiah diri yang utuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Sektor Kebudayaan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya bertempat di Istana Budaya, semalam.
Mengulas lanjut, Nancy berharap pengiktirafan yang diterima kakitangan di bawah MOTAC hari ini akan menjadi penyuntik semangat kepada penerima untuk terus berkhidmat dengan lebih dedikasi dan beriltizam tinggi dalam masa yang sama menjadi mentor terbaik rakan sekerja yang lain.