Oleh: EditoriaL Penggerak Daily
“Kejayaan negara boleh diukur dan diungkapkan dengan pelbagai cara. Namun pencapaian yang paling bermakna buat kita semua adalah keteguhan perpaduan kita”, kata Menteri Perpaduan, Halimah Mohammed Sadique dalam satu kenyataan, hari ini.
“Kesejahteraan yang dinikmati hari ini mekar tumbuh dari kesediaan rakyat Malaysia mengamalkan semangat perpaduan biarpun kita dibesarkan dalam suasana pelbagai agama, bangsa dan budaya, yang telah wujud sekian lama antara kita”,
“Kekayaan budaya, kepelbagaian bangsa dan warna-warni kehidupan setiap rakyat Malaysia membentuk asas dan mencorakkan kemakmuran tanah air kita yang tercinta ini”,
Tambah Ahli Parlimen Tenggara itu lagi, meski pun Hari Malaysia pada tahun ini diraikan secara sederhana, kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia tetap terserlah dengan mengamalkan nilai-nilai yang menyatupadukan.
PenggerakDaily