JOHOR BAHRU: Semalam ARMADA Bersatu Malaysia (ARMADA) telah membangkitkan hal pengampunan hutang (debt jubilee) sebagai langkah menyelamatkan rakyat dari masalah ekonomi di tengah badai pandemik COVID-19.
Menurut Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayshal, “Perang Dunia Kedua menyaksikan “global reset” ke atas sistem kapitalisme moden, maka kali ini selepas hampir satu abad, sudah tiba masanya kita fikirkan “reset” yang baru”,
“Kalau dulu boleh ada Bretton Woods, Marshall Plan untuk selamatkan nyawa dan kehidupan rakyat khususnya di Barat, mengapa kita di Timur khususnya negara sedang membangun tidak boleh memikirkan untung nasib kita sendiri”,
“Lebih malang, kita umat Islam sudah ada panduan yang jelas dalam Al-Qur’an dan Ahadith berhubung mengurus beban hutang buat fuqara’ dan masakin”,
Tambah Fayshal lagi, ‘jubilee’ merupakan amalan agama Samawi bagi melupuskan hutang buat golongan fuqara’ dan masakin. Amalan memulihkan ekonomi ini bukan saja diamalkan dalam Islam, malah dianjurkan dalam Kristian.
PenggerakDaily