Oleh: Editorial Penggerak Daily
Petai merupakan antara ulam popular di Malaysia. Pelbagai cara petai dimakan, seperti makan mentah (ulam) atau dimasak bersama sambal udang. Sama seperti lada dan kobis, petai juga boleh dijerukkan.
Petai atau dalam istilah saintifik, Parkia Speciosa mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan. Antaranya ialah kandungan vitamin C yang tinggi yang dapat meningkatkan imun badan dan anti oksida.
Petai juga mengandungi kalium yang tinggi yang berfungsi mengawal kesimbangan air badan dan fungsi jantung.
Dengan kandungan kalsium dan vitamin A, petai baik untuk pembentukan tulang dan gigi serta berperanan baik untuk penjagaan mata, jantung dan kecantikan kulit.
Walau banyak khasiat, bau petai mendatangkan bau yang tidak selesa. Terdapat beberapa petua menghilangkan bau petai. Antaranya ialah pengambilan air kopi atau the tanpa gula, berkumur dengan air garam atau mengunyah beras.
PenggerakDaily