Oleh: Editorial Penggerak Daily
‘Menyemai Kemungkinan’ yang merupakan lagu yang terinspirasi oleh sejarah Malaysia, kata Salammusik ketika meraikan ulang tahun pertama album fizikal mereka bertajuk ‘RIWAYAT’.
Tambah mereka lagi, lagu ini telah dijadikan lagu tema bagi filem aksi seni mempertahankan diri, “Geran” dan mulai sekarang, peminat boleh melayari lagu versi asal tersebut mahu pun versi Newsantara Remix by YYY Hertz di semua platform digital.
Bercakap mengenai sambutan album pertama mereka, Salammusik sangat berbesar hati dengan sambutan dan galakan yang diterima dari penyokong di Malaysia.
“Selepas pelancaran album fizikal yang pertama, ‘Riwayat’, kami mulai sibuk dengan aktiviti jerayawara di seluruh negara dengan persembahan di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Kami sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang telah diterima menerusi peminat dan penyokong muzik kami dari Malaysia”.
“Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila usaha kreatif kami mendapat perhatian oleh pemimpin negara ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha kami sejak awal lagi”.
PenggerakDaily
Sumber berita: era.je
Kredit gambar: aseanpost.com