Categories
Budaya pembangunan Pendidikan

SENI TANJAK SEIMBANGKAN MODEN DAN TRADISI KEBANGSAAN – SAIFUDDIN

Dalam sesebuah negara mengejar kecanggihan sains, teknologi dan inovasi, adalah penting juga untuk masyarakat di negara itu untuk tidak melupakan nilai tradisinya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

Justeru beliau menekankan kepentingan 3W – warisan, wawasan, kewiraan – untuk dijiwai setiap masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.

“Harus ada keseimbangan, kita mahu menjadi sebuah negara maju dengan segala bentuk teknologi terkini tetapi ia harus berakar pada paksi yang kukuh dan antara paksi yang kukuh itu ialah tradisi warisan bangsa.

“Jadi pada saya program Tanjak Merdeka ini adalah sangat signifikan supaya dalam kita membangunkan negara ini kita ada kesimbangan antara jiwa warisan, wajah wawasan dan langkah wiraan,” kata Saifuddin ketika melancarkan program Tanjak Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Bangunan KKMM, di sini, pada Jumaat.

Jelas Saifuddin lagi, setiap sebentuk tanjak yang juga dikenali sebagai tengkolok itu memiliki nama, ciri-ciri serta cara pemakaian tertentu yang mengikut setiap negeri dan status seseorang.

“Ada sesetengah tanjak, dia ada cara pemakaian khas bagi raja dan cara pemakaian bukan raja. Jadi kena pastikan jangan terbalik, rakyat jangan pakai cara raja pakai,” tambah Saifuddin.

Program yang dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) KKMM dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) itu diadakan buat kali pertama.

Antara variasi tanjak sedia ada ialah Tengkolok Sultan Kedah, Tanjak Perak, Tengkolok Ayam Patah Kepak, Tanjak Pahang (Tanjak Lang Menyosong Angin), Tanjak Selangor (Setanjak Balung Raja) dan Tanjak Perlis (Tengkolok Dendam Tak Sudah).

Penganjuran juga diharap dapat menyuntik elemen seni warisan tanjak sempena sambutan Hari Kebangsaan selain mengeratkan hubungan JASA dengan KKMM menerusi aktiviti riadah.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *