Oleh: Editorial Penggerak Daily
Susulan beberapa kes kematian yang berpunca dari tekanan atau stress, Penggerak Daily akan berkongsi beberapa tips mengelakkan stress di tempat kerja.
- Cari kawan yang rapat – Dengan mempunyai kawan rapat di pejabat atau di tempat kerja, banyak perkara yang boleh dikongsi sama ada minat dan juga masalah. Dengan adanya teman yang boleh berkongsi, pastinya langkah ini boleh mengurangkan bebanan tekanan.
- Hias meja kerja – Tempat kerja/ pejabat merupakan rumah kedua kerana harian kita menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja. Jika mengemas rumah boleh meredakan tekanan, mengemas dan menghias meja kerja juga dapat mengurangkan tekanan kerja.
- Ambil masa lakukan sesuatu yang disukai – Semestinya fokus kerja seharian menyebabkan keletihan minda dan jiwa. Jadi, cubalah luang masa seperti waktu rehat untuk ‘release stress’ dengan mencari tempat-tempat menarik untuk dikunjungi atau resipi menarik untuk dicuba. Tapi awas, jangan sampai leka.
- Cuba sesuatu baru – Sesekali kita kena cuba buat benda baharu supaya tidak bosan dan jemu hingga mengundang stress. Sesekali, berkomunikasi dengan staff di luar jabatan atau luangkan masa tengok wayang bersama.
- Elakkan pengaruh negatif – Pengaruh negatif boleh ‘membunuh’ keseronokan di pejabat seperti menimbulkan kontroversi, gosip dan hal-hal yang membawa aura negatif. Dengan cara ini, kita akan berada dalam keadaan positif.
- Jangan bawa masalah peribadi di pejabat – Apabila tertekan dengan masalah peribadi, secara tak langsung dapat mempengaruhi emosi di pejabat. Sebaiknya, apabila sampai di pejabat, lupakan semua masalah di rumah dan fokus di pejabat.
- Selalu bergerak – Duduk sepanjang masa bukanlah sihat. Jadi, sesekali bangun dan bergerak supaya minta lebih tenang. Mungkin berjalan keluar sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.
Moga tips ini dapat membantu anda meringankan beban tekanan di tempat kerja.
PenggerakDaily