JOHOR BAHRU: Sebelum ini, Apple memutuskan setiap pembelian iPhone 12 tidak disertakan dengan pengecas (charger) sebagaimana model Apple sebelum ini.
Keadaan ini membuka peluang kepada XIAOMI untuk mengeluarkan sebuah charger yang boleh digunakan untuk iPhone 12.
Charger USB type C Xiaomi ini merupakan pengecas ‘fast charging’ yang boleh digunakan untuk Xiaomi 10, iPhone 11, Samsung S10, iPad Pro dan tentu saja iPhone 12.
Charger ini akan dijual sekitar RM30 sahaja dan jauh lebih murah dibanding Charger iPhone 12.
Sumber: gizmochina.com