Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-63, rangkaian pemborong dan peruncit halal terkemuka Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan menganjurkan kempen OHMYDIN! The Brand Festival bermula dari 20 Ogos sehingga 1 November ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, serentak dengan sambutan itu pasar raya berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran hebat sehingga RM6.3 juta termasuk harga barangan serendah 63 sen.
Menurutnya, Mydin yang cukup sinonim dengan harga yang rendah dan berpatutan menjanjikan tawaran istimewa sepanjang kempen ini untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia mengatur perbelanjaan mereka.
“Dengan slogan utama “Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!”, Mydin tampil meringankan beban perbelanjaan rakyat dalam tempoh penularan koronavirus (Covid-19), sekali gus memberikan semula manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kempen itu tidak dianjurkan sendirian sebaliknya turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan disokong oleh lebih 100 jenama produk terkemuka termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).
Sumber: Sinar Harian