Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan sedang berusaha ke arah sebuah negara pengeluar makanan, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
“Malaysia berusaha mengecilkan import sumber makanan dari negara luar, sebaliknya muncul pula sebagai sebuah negara pengeksport produk pertanian”,
“Oleh itu tumpuan sekarang menyediakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan rakyat terbabit dalam sektor pertanian, banyak insentif yang ditawarkan kerajaan untuk mendapat status negara pengeksport makanan pada masa akan datang,” katanya ketika diundang sebagai tetamu Rancangan Selamat Pagi Malaysia disiarkan secara langsung melalui RTM1, semalam.
PenggerakDaily