Categories
Business

SINGAPURA RAKAN STRATEGIK UTAMA JOHOR PASCA PANDEMIK COVID-19

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberitahu Singapura adalah rakan strategik utama Johor dalam usaha negeri ini mengalami proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Menurut beliau, negara republik berkenaan juga merupakan antara pelabur asing utama bukan sahaja di Malaysia tetapi khususnya di Johor.

“Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee mengucapkan tahniah kepada Johor atas kelancaran pembukaan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura pada 1 April lalu.

“Selain itu, kami turut bincangkan pelbagai langkah proaktif bagi meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara lebih lagi selepas pintu sempadan dibuka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, turut dibincangkan termasuklah agenda ‘Joint Ministerial Committee Iskandar Malaysia-Singapura’.

“Johor dan Singapura mempunyai hubungan yang baik dan erat sejak sekian lama. Malah, ramai rakyat Singapura dan bangsa Johor juga mempunyai pertalian saudara.

“Semoga hubungan erat ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan,
Allah Berkati Johor,” ujarnya.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *