Oleh: Editorial Penggerak Daily
National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berperanan mempercepatkan peluang pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G dalam misi menyelesaikan permasalahan negara.
Kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin “inisiatif NTIS akan dapat menyokong dan mempercepatkan usaha kerajaan untuk membangunkan teknologi negara serta mengkomersialkan teknologi tempatan oleh para peniaga dan usahawan”,
Tambah Muhyiddin lagi, tujuan inisiatif ini termasuklah menyelesaikan permasalahan nasional yang meliputi kebergantungan terhadap buruh asing, risiko jaminan makanan,penjagaan kesihatan serta ketidaksamaan capaian internet dan jurang infrastruktur digital.
“Malaysia perlu menjadi negara berteknologi tinggi ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi”, kata beliau lagi semasa melancarkan inisiatif NTIS di Cyberjaya, tadi.
PenggerakDaily