HANOI, Ogos 10 — Vietnam mengeksport 3.9 juta tan metrik beras, memperoleh US$1.9 bilion, dalam tujuh bulan pertama tahun ini, menurut Jabatan Pemprosesan Agro dan Pembangunan Pasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Jumlah eksport susut 1.4 peratus tetapi meningkat 10.9 peratus pada tempoh sama tahun lepas, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Jabatan itu berkata pada separuh pertama tahun ini, Filipina di tempat pertama dalam pasaran beras Vietnam dengan jumlah eksport beras hampir 37 peratus.
Vietnam mengeksport 1.4 juta tan metrik beras ke Filipina, masing-masing menjana US$635 juta, masing-masing naik 13.3 peratus dan 30.5 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pasaran lain dengan pertumbuhan eksport beras yang kukuh termasuk Senegal (naik 19.6 kali ganda), Indonesia (2.8 kali ganda) dan China (hampir 90 peratus).
Harga eksport beras Vietnam secara purata dalam enam bulan pertama mencecah US$487.6 satu tan metrik, 13 peratus lebih tinggi dalam tempoh yang sama pada 2019.
— BERNAMA