Editorial Penggerak Daily
“Zek..Zek..hati kau keras”, itulah antara baris skrip popular dalam filem Azura yang dilakonkan oleh Jamal Abdillah sebagai Zek dan Fauziah Ahmad Daud sebagai Azura pada tahun 1984.
Mengambil nama sempena watak hero filem yang pernah dilakonkan, Jamal Abdillah merancang untuk menamakan bakal anak keduanya dengan nama ‘Zek’.
Jamal yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati Khairuddin telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Azura Yamani pada Oktober lepas.
PenggerakDaily