Sejarah makanan celup tepung berasal dari orang Yahudi di Portugal ketika mereka hidup dalam pogrom (penindasan terhadap kaum Yahudi).
Portugis datang ke Melaka seawal 1508, apabila mereka mula berdagang rempah dan beberapa barangan lain seperti kayu jati dan teh dari China.
Pada mulanya, atas titah Raja Portugal, Raja Manuel, pedagang Portugis haruslah berbaik-baik dengan kerajaan Melaka.
Pada sekitar 1509-1510, berlakunya pergolakan politik antara Istana dan Bendahara. Bendahara yang baru, Paduka Tuan, tidak mahir mengendalikan pedagang dari pelbagai bangsa.
Pedagang Portugis dan Gujerat sering bertengkar di pelabuhan. Dan pertengkaran inilah yang menyebabkan Alfonso D’Albourquerque, Gabenor Goa menyerang Melaka.
Pendek cerita, Portugis menang. Pun begitu, Portugis hanya menakluk Kota Melaka, tetapi sebahagian besar tanah pertanian masih lagi milik Sultan Mahmud.
Atas dasar ini, Sultan Mahmud membuat blockade, yang mengakibatkan penjajah Portugis putus bekalan makanan. Dari sinilah wujudnya pisang goreng.
Budaya makanan celup tepung ini adalah budaya orang susah di Portugal, kerana ini cara paling mudah untuk makan kenyang. Dan mereka menjumpai pokok pisang di sekitar rumah orang yang ditinggalkan. Mereka juga jumpa cempedak.
Pisang berasal dari kepulauan New Guinea dan dibawa keluar dari pulau tersebut kira-kira pada tahun 5000 Sebelum Masehi. Pisang sudah berada di Tanah Melayu ketika suku Semang dan Senoi menguasai Tanah Melayu pada zaman tersebut.
Cempedak pula berasal dari India, yang dibawa oleh tentera Portugis dari Goa. Blockade yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim (bukan budak pintar dari Singapura itu ya) mengepung kota Melaka dari 1511 hingga 1526.
Bagaimanapun selepas Sultan Mahmud mangkat pada 1528 di Kampar, Sumatera, serta membahagikan dua tanah jajahan Melaka iaitu Perak dan Johor kepada dua puteranya, blockade itu berakhir, dan ketika itu, pusat perdagangan naik di Brunei dan Acheh.
Hari ini, pisang goreng dimakan secara santai oleh orang Malaysia pada waktu petang. Pisang goreng keju yang popular pada sekitar 2016/17, dikatakan juga dari budaya orang Portugis kerana orang Portugis yang membawa keju ke sini.
Sumber: Erena Takeuchi
Kredit 📷: Keluarga.my