Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kicap adalah bahan perisa makanan yang bukan sahaja popular di Malaysia, bahkan di seluruh Asia. Kicap dijadikan bahan perapan, tumisan, atau diperah dengan limau. Sifat rasa yang agak sesuai untuk semua jenis makanan, menyebabkan ia sangat popular.
Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam, mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Perkataan “kicap” didakwa berasal daripada bahasa Hokkien kôechiap (鮭汁) yang bermaksud sos ikan.
Orang Hokkien, terutamanya yang tinggal di bandar Amoy, Fukien (atau dalam bahasa Mandarin Fujian) suka makan ikan salmon cicah kicap. Kicap mula dibuat pada zaman Dinasti Zhou pada kurun ke-9 Sebelum Masehi.
Pada asalnya, mereka menggunakan ikan dan rasanya adalah seperti pekasam. Pada zaman Dinasti Han, mereka ada lebihan kacang soya dan mereka olahkan untuk menjadi kicap. Kicap mula tiba di Jepun pada kurun ke-7, apabila kedutaan Jepun pertama di China pada zaman Dinasti Sui.
Pada zaman Dinasti Tang, China mengalami Pax Sinica di mana semua rantau di Asia mahu meniru budaya China. Kicap mula tiba di rantau Asia Tenggara apabila Majapahit mengadakan hubungan baik dengan Dinasti Tang.
Terdapat pelbagai variasi kicap, seperti kicap cair untuk masakan, kicap pekat untuk perapan, kicap manis dan kicap masin untuk dimakan dengan nasi dan telur, lauk ekonomi yang paling digemari.
Kicap diperbuat daripada kacaang soya, garam dan ragi. Kacang dikisar kemudian diperap bersama garam dan ragi sebelum ditapaikan sehingga menjadi warna hitam.
Kemudian dimasak bersama rempah seperti lada hitam kulit kayu manis, lengkuas dan halia untuk menghasilkan rasa kicap itu. Langkah akhir ialah meletakkan gula merah untuk rasa lemak-lemak manis.
Sumber: Erena Takuechi