LOS ANGELES: Pelakon veteran Sean Connery yang popular sebagai watak James Bond dan menjadi antara pelakon yang terbaik yang memegang watak itu, meninggal dunia pada usia 90 tahun.
diminati ramai dan selama lebih 40 tahun adalah antara pelakon utama lelaki yang paling berkarisma. Selain berlakon dalam filem James Bond, beliau juga berlakon dalam filem-filem seperti “The Wind and the Lion” “The Man Who Would Be King” dan “Indiana Jones and the Last Crusade.”
Selain itu, wataknya sebagai anggota polis Ireland dalam filem “The Untouchables” membawa tuah kepadanya kerana dia diiktiraf dengan anugerah Akademi bagi Pelakon Pembantu Terbaik.
Malah, meskipun beliau sudah mencecah tujuh dekad dalam industri hiburan, pengaruhnya kekal kuat dan beliau sering diminta berlakon. Pada tahun 1999 beliau dinobatkan oleh majalah People sebagai “Sexiest Man of the Century”.
Thomas Sean Connery berketurunan Ireland dan dibesarkan di kawasan gelandangan Edinburgh. Oleh kerana dibelenggu kemiskinan, beliau tidak dapat ke sekolah, dan pada usia remaja sudah meninggalkan bangku sekolah. Sebaliknya, beliau bekerja sebagai pekerja buruh.
Pada usia 17 tahun, beliau mendaftarkan diri untuk menyertai Royal Navy, tetapi setelah tiga tahun, beliau diberhentikan khidmatnya, disebabkan kes ulser yang teruk. Beliau kembali ke Edinburgh dan melakukan pelbagai jenis pekerjaan.
Connery pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Diane Cilento dari tahun 1962-73. Namun, pasangan itu berpisah pada 1973 dan Cilento meninggal dunia pada 2011. Isteri kedua Connery ialah seorang pelukis, Micheline Roquebrune, yang beliau kahwini pada 1975.
Sumber: Berita Harian Singapura