SEJAK syarikat rakaman YG Entertaiment mengumumkan bahawa kumpulan Kpop sensasi, Blackpink bakal berkolaborasi bersama seorang penyanyi misteri, media sosial mula ‘menggila’ dan meneka siapakah penyanyi tersebut.
Antara nama-nama yang disebut peminat adalah Ariana Grande dan juga Selena Gomez.
Namun segalanya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Rare mengumumkan bahawa dia akan melancarkan sebuah lagu bersama kumpulan yang dianggotai oleh Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa.
Malah tanda pagar #SELPINK juga mula trending selepas pengumuman itu dibuat.
Sumber: Awani