JOHOR BAHRU: Suspek yang bertindak menyerang beberapa anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram, di sini telah ditembak mati.
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku awal pagi tadi.
Menurutnya, kesemua mangsa yang maut telah dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital berkenaan.
“Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut dijalankan polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi cedera selepas mereka diserang seorang lelaki bertopeng.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 2 pagi tadi.
Penggerak Daily