JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai membunuh bayi kandungnya yang baharu berusia enam bulan di sebuah kediaman di sekitar Pasir Gudang, di sini, semalam.
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul pukul 1.30 petang.
Menurutnya beliau, suspek yang berusia 32 tahun itu telah menghantar gambar bayi yang berlumuran darah di bahagian leher kepada suaminya aplikasi WhatApps.
“Sehubungan itu, polis telah melakukan tangkapan terhadap wanita berkenaan. Polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
“Wanita berkenaan akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Tambah Kumar berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”
Penggerak Daily