Categories
Jenayah

LELAKI BAKAR BENDERA PARTI POLITIK DITAHAN POLIS

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang pemandu e-hailing membakar bendera parti politik di Taman Universiti, Skudai, di sini lewat tengah malam tadi membawa padah apabila dia ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Fariz Ammar Abdullah berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 12.10 tengah malam.

Menurut beliau, suspek ditahan sejurus selepas bertindak membakar beberapa bendera parti politik menggunakan pemetik api.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu berbuat demikan kerana motif peribahasa dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak lain.

“Dia juga telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya telah merakam keterangan daripada beberapa orang saksi yang ditemui di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dikenal denda sekiranya bersalah.

“Polis menasihati orang ramai agar bersikap rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang khususnya dalam bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang sedang berlangsung ketika ini.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *