JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga tempatan yang sedang menikmati juadah di sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini dilaporkan maut selepas ditembak individu tidak dikenali.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 12 tengah hari, hari ini.
Menurut beliau, video berhubung kejadian turut tular di media sosial.
“Polis menerima panggilan seorang pengadu memaklumkan tentang kejadian itu, sementara siasatan dibuat mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat, termasuk saksi di lokasi serta punca sebenar insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Raub, kematian mangsa disahkan pegawai kesihatan dari Hospital Sultan Ismail (HSI).
Penggerak Daily