KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pemilik kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan selain berhadapan hukuman denda sehingga RM2,000.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata kesalahan itu termaktub di bawah Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).
“Kaedah itu menyatakan setiap ekzos (penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.”Jadi bagi sesiapa yang membuat pengubahsuaian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam didapati melakukan kesalahan di bawah kaedah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perkara itu termaktub di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, turut memberi kuasa kepada polis bagi menyita motosikal kepunyaan pemilik bagi mengelakkan kesalahan itu berulang.
Sumber : Bernama