KAMPAR: Seorang tukang masak maut selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan di Jalan Batu Sinar, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa, seorang wanita, Wong Kwai Yung, 59, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurut beliau, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, seorang lagi tukang masak, Sek Loow See, 50, mengalami kecederaan ringan di bahu dan kaki.